Moving Word Cursor

DashBoart

Friends...

Friends...

LoVe

Kelip-kelip

Assalamulaikum... Salam 1 Blogger

Thursday 8 December 2011

Bayangan Ilham


Aku yang merinduimu dengan sepenuh jiwa
Hati ku kosong bila kau jauh menyepi
Tercari-cari serpihan indahnya cinta

Dalam keheningan malam mengejar bayang ilham
Antara sedar dan dilamun igauan cinta
Airmata ku mengalir dalam kepasrahan

Demi cinta ku rentasi belantara
Yg membelenggu naluri hatiku

Demi cinta ku selami samudera
Yg melemaskan hembusan nafasku

Aku persembah seluruh ragaku
Walau hanya sedetik
Dapat bersama mu

Suka? Like je okay

Dhia Untukku


Sejak bertemu kau dan aku
Menusuk jantung ku, mula jiwaku
Merelakanku menjadi milikmu
Itu yang ku mahu,itu yang ku mahu cintamu

Sinar mentari pasti
Menyinar hati yang sunyi
Biarlah aku bermimpi
Kerna dibuai sepi


Dhia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Cuba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai



Suka? Like je okay

Wednesday 2 November 2011

KAWAN???



Hmm... cakap pasal kawan... Zaman sekarang nie ada ke kawan yang sejati??? Kawan yang ada disisi kita dalam keadaan gembira, susah dan sedih... Memang susah nak jumpa kawan yang betul-betul kawan yang ada pada ketiga-tiga situasi tu kan.. kalau ada pun mesti tak ramaikan...  Kawan yang ada waktu kita gembira ramai la... Tapi kawan kita ketika dalam kesusahan, kesedihan??? Dimana??? Adakah kawan itu bertukar menjadi air mata??? Kerana waktu kita dalam kesedihan hanya air mata yang setia menemani... Kawan gembira ramai yang datang, tapi kawan yang menangis tak siapa ambil tahu...

Tapikan...
Zaman sekarang, kawan yang menjadi "TALAM DUA MUKA" dan kawan yang menjadi "BATU API" pun ada... Ape yang dorang fikir hanyelah untuk memecah belahkan kawan-kawan dorang sendiri... Bagus sangat ke buat macam tu??? Gebira ke kalau dapat buat macam tu dekat kawan-kawan sediri??? Janganlah jadi seperti kacang melupakan kulit... Kawan dah tolong tapi dibalasnye dengan menfitnah kawan tu yang bukan-bukan... Tak pun cerita sane-sini pasal kawan-kawan dekat orang lain... Kalau cerite tu yang betul tak pela jugak.. Tapi, nie tak cerite pasal keburukan kawan... Itu pun entah betul atau pun tidak... 

Engatlah...
Daripada menfitnah orang baik BUNUH je orang tu... Disebabkan dengki, sanggup menfitnah orang yang bukan-bukan... Orang yang macam nie kalau ada ramai kawan sekali pun.. Ia takkan kekal lame... Sebab kawan yang menjadi kawan sekarang, tak mustahil akan menjadi MUSUH satu hari nanti... Dan kawan yang difitnah, tak mustahil akan menjadi KAWAN SEJATI satu hari nanti... Belajarlah menghargai orang lain... dan ia takkan beri ape-ape kesan buruk sekalipun kepade kita... Insyaallah, kita akan menemui kawan yang sejati pada suatu hari nanti...
AMIN!!!



"Hargailah bila bersahabat,
Sayangilah bila bersama, 
Maafkan bila terluka, 
Rinduilah bila berjauhan,
Fahamilah bila keliru,
Nasihatilah bila terleka,
DAN
Tegurilah bila tersilap"



Suka? Like je okay

Sunday 28 August 2011

Selamat Hari Raya..

Salam Aidilfitri...

Aidilfitri menjelma lagi
Setelah setahun berlalu
Kuucapkan
Salam lebaran untukmu
Semoga berbahagia
Disamping keluarga...


Setulus hati kita syukuri
Atas nikmat yang diberi
Dengan insaf rasa dihati
Moga Ilahi kian berkati
Sisipan Di Aidilfitri
Dari Rasa Setulus Hati
Maaf Zahir Batin...

Assalamualaikum...
Salam 1 Blogger.. :)

Hello semua.. Ape khabar ye??.. Mesti sekarang semua tengah sibuk membuat persiapan raye kan???.. Almaklumlah raye kan dah nak dekat.. Betul tak??..

Okey.. Sempena Hari Raya yang bakal tiba beberapa hari je lagi.. Eyna nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada my family, my love, dan kepada kawan-kawan Eyna ( Ain Fadyla, K.k, Eyka, Enab, Miza, Faiz, Faizal, Jijie, Fahmi, Aman, Ucop, Zul, Acoi, Abu, Sidik, Mimah, Noni, Amir, Iera, Shuhada, Shafira, Hafizah, Una, Ain, Zakiah ) dan semua guru-guru yang mengajar Eyna... Tidak lupa jugak bagi sesiapa yang mengenali Eyna..Dan Eyna jugak nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa, terkurang ajar ke, terpukul dekat mana-mana, terpinjam harta benda yang belum di pulangkan ke harap dimaafkan la ye.. Dan Eyna nak cakap raye nanti jangan lupe datang rumah ye tapi maaf (duit raya tidak disediakan) hehe...Kalau nak bawak duit raye sendiri la ye.. Kuih raye banyak lar.. Dan bagi yang mengambil peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM, raye-raye jugak ye tapi buku jangan tinggal!!! Bagi kawan-kawan Eyna kelas 5 CEMPAKA yang tertera nama diatas.. Eyna doakan semoga kita peroleh kejayaan yang cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan SPM nanti dan SPM sebenar.. Harap korang buat yang terbaik ok dan mendapat 10A+.. Aminnnnn...

okey la tinggal dulu ye.. Kuih raya sudah memenggil..hehe 

Assalamualaikum...
Suka? Like je okay

Sunday 21 August 2011

Kenangan di BULAN RAMADHAN (2011) ..

Assalamualaikum... Hai pembaca semua..


Eyna nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK walaupun sudah terlambat..hehe


Ok lah. Berbalik pada tajuk diatas.. Hmm agak-agaknya apa ya kenangan di BULAN RAMADHAN tu ???...


Haa nie nak cite la sikit....
Pada 18/08/2011 iaitu pada hari Khamis ada satu kejadian yang terjadi pada diri Eyna sendiri..
Kejadian nie berlaku dekat sekolah waktu nak balik..
Agak memalukan lah jugak tapi nasib baiklah tak ramai yang nampak hanya beberapa orang sahaja..
Masa nak balik tu lepas Eyna turun tangga, Eyna nampak seorang cikgu nie (lelaki) tengah cakap dengan handphone..
Oleh kerana hormat dekat cikgu, Eyna pun bagilah salam dekat cikgu nie..
Tapi... tak tahu la macam mane tiba-tiba jer Eyna (XXXXXXXX) .. Sedar-sedar Eyna sudah (XXXXXXXXXX) dekat depan cikgu tu..
Aduh !!!!!... malunya... Dah la (XXXXXXXX) betul-betul dekat depan cikgu tu... Yang tak tahannya dekat belakang Eyna mase tu ada sorang budak claz Eyna lelaki pulak tu... Dia siap tahan gelak lagi tu, nasib baik tak kene bahan...
Hadoiii... memang malu la kan... haishh macam mane la Eyna boleh (XXXXXXXX) dekat situ.. Tak pasal-pasal kene gelak "free" je dengan kawan-kawan Eyna...
Bagi Eyna itulah kenangan yang tak dapat Eyna lupakan...
Dan itulah satu-satunya kenangan di BULAN RAMADHAN Eyna dekat sekolah...
Almaklumlah tahun akhirkan.. macam-macam bende yang berlaku...


PERINGATAN : Bagi sesiapa yang melihat kejadian itu harap dapat di rahsiakan la ye... Kerjasama anda amat di hargai.. 


Okey setakat ini dulu ye story Eyna pada hari ini.. 
Assalamualaikum... dadai semua... :)


SELAMAT BERPUASA~~~
Suka? Like je okay

Home Icon